Friday, February 4, 2011

Khamis...3 Feb 2011 (3 Agenda)

Bro

Khamis, 3 Februari, bangun je dari tidur, otak wa dah berfikir ttg agenda hari ni. Ada 3 agenda yg tertulis dlm hp wa. Bermula seawal jam 12.30 tghari di rumah mertua Mizi, di Panchor, Seremban. Kemudian ke rumah Roslin@Begok di Alor Gajah. Agenda ke 3, wa plan nak bwk anak2 wa berjalan2. Dan satu lagi, iaitu agenda ke 4 mmg wa KIV dulu. Bini wa pun tak tahu. KIV sebab baru mlm tadi diberitahu. Last minit ni mmg ada kesulitan sedikit sebab wa mmg telah ada program lain waktu tu. So, klu ada kesempatan, mungkin wa akan ke agenda ke 4.

Sebenarnya jemputan ke rumah roslin dan rumah mizi sama waktunya. Jadi, untuk menyenangkan, wa akan ke rumah mizi terlebih dulu. Kenduri akikah beliau sefamily.

Perjalanan dari PD ke Panchor agak lancar. Pelik jugak rasa di hati wa sebab radio sinar asyik memberitahu keadaan sesak di lebuhraya yang agak luarbiasa. Walaupun jemputan Mizi jam 12.30tghari, tapi, wa sampai sekitar jam 1.15 tghari angkara kesulitan mencari lokasi. (mesti ada alasan bro..)

Gambar di rumah Mizi bersama Suli dan Nizam. Mizi terlindung. Teringat kata-kata Nizam sewaktu makan, "Den mmg nak tughunkan boghek badan, tapi bila nampak ko, den ghaso terhino tul". Rilek lah zam...nnti kito poie gym sesamo ek..

Sesudah memberi alasan kali ke4,barulah rakan2 mula memberi persetujuan utk wa teruskan ke agenda wa yang ke 2.

Perjalanan dari Panchor ke Alor Gajah memang mencabar kesabaran wa. Cuti Tahun Baru China memang melambakkan sebanyak2nya kenderaan di atas jalan raya. Ada seseketikanya, wa seakan hilang semangat utk meneruskan perjalanan. Bermula dgn Q yang begitu panjang di setiap trafik lite sekitar Senawang, sehinggalah jem yang begitu kronik ketika menghampiri susur keluar ke Alor Gajah.

Wa tiba di rumah Roslin melebihi jam 4 petang dgn dibantu oleh encik Garmin. Kesian gak wa lihat kengkawan yang telah begitu lama menunggu wa.

Gambar Awa, Lily dan Azman.. Best sembang dgn you all. Sori geng, wa terlewat tiba.

Suasana ketika memasing ingin pulang. Kelihatan Haji Latip@Pital yg akan pulang jauh ke Bandar Tenggara Johor..


Memasing dgn anak2 ketika ingin pulang. Kawan sekelas dgn wa dahulu, Siti Rahayu tiada di gambar. Beliau pulang agak terawal sedikit.

Gambar 3 org pekerja rencam yang masih giat dgn reunion pekerja2 rencam.

Wa sememangnya telah ada 3 agenda. Cuma agenda ke 3 wa agak kurang jelas. Ingin membawa anak2 berjalan2. Tapi, destinasi masih tidak pasti lagi. So, odw balik, bini wa ajak kami ke Melaka.

As usual, cuti panjang ni, kenderaan ke Melaka mmglah berderet2. Sampai di bandar melaka tepat ketika azan maghrib kedengaran. Kami berpusing2 sebentar di kawasan tanah tambak melihat org bermain layang2. Kebetulan angin bertiup agak kencang dari kebiasaan. Wa lupa nak ambil gambar.

Kemudian ke Jonker Walk.. Mak aii... ghamai giler bro.. Mmg hajat hati nak berhenti dan jenjalan di sekitar kawasan tu. Tapi, sepetak kosong pun tidak ada utk wa meletakkan kereta.

Kami singgah sebentar ke Masjid yang baru siap dibina di Pulau Melaka utk bersolat Maghrib dan Jamak Isyak.

Sempat gak wa berposing di depan pintu masjid baru di pulau melaka ni. Zaman sekarang, kita buleh ke pulau melaka dgn kereta atau bas. Berbeza dgn org zaman Parameswara dulu yg terpaksa berenang, bersampan atau tumpang balak hanyut.

Selepas bersolat, perut mula terasa lapar. Berhenti sebentar di tanah tambak sekitar kelebang utk pekena kuih pau kelapa dan jagung cawan. Jagung tu wa belasah setakat 2 sudu je sebab terlalu byk bahan yang dimasukkan..

Tetiba ternampak gerai tepi jalan sekitar kawasan tambak. Tanpa berfikir panjang, kami terus singgah. Cuba lu baca menu2 kat belakang tu. Agak menyedihkan sebab tiada roti bakar. Kesemuanya terlalu berat utk wa.

Kami mula meninggalkan Melaka sekitar jam 10.45 mlm. Kami perlu singgah ke restoran makanan segera di PD sebab anak sulung wa habis kerja sekitar jam 12.30 pagi. Kali ni wa harap, jgnlah dia bwk balik ayam goreng tu lagi, kami dah tak sanggup nak menelannya. Jemu yg teramat kerana setiap hari makan ayam goreng...jemu tahap maksimum bro...

Ok bro...wa chow dulu

Salam dari alladiin.

10 comments:

jesnita_ns said...

wah ! en. ash..dh slim nmpk muda ...

alladiin said...

jesnita: mana plak mudanya jes, dah 47 tu...

Miss Tasantek said...

cik ashri??? kenapa macam kurus??
macam kurus lah :P

Anonymous said...

sabtu dn ahad lepas lg teruk jem nye cek. smlm de office mate sy gerak dr kelantan kul 9.00 pagi tp sampai kt kl kul 12.00 tgh malam.. cian tgok muke die ari ni..

alladiin said...

tasha: kamera tu yg ada problem.. tu sb nampak kurus..

romeo: mmg sy pun kesian dgn geng2 yg tersangkut dlm jem tu..

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

encik ashriiiiiiiiiii..............
nampak slim sgt...da len beno dah...hehe

alladiin said...

mamiko: harap2 awk tak silap tengok gambau tu ek...

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hehe...a'ah ek..sekali slh org dah...en.ashri yg baju putih pki speck kn?

alladiin said...

mamiko: yo, saya lah tu..hehe

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

ha,da kurus beno dah tu en ashri..dulu kt poli berisi ckit..hehe