Bro..
Hari ni wa cuti rehat. Selepas subuh mata wa meronta2 untuk tidur semula. Kalaulah arwah bapak wa masih hidup, kompom wa kena lecture, "jangan tidur waktu matahari naik..". Jam 9 pagi, wa bangun. Sesudah mandi, terus ke dapur. Tengok apa2 yg ada utk dibuat sarapan pagi hari ni.
Bini wa, pepagi lagi dah ke opis sambil menghantar Ain ke sekolah. Sekolah dia mmg tetap bersekolah walaupun sekolah Rushdan dan Haiqal dah mula cuti raya china.
Nasi sejuk byk lagi dlm peti sejuk. Simple je keputusan yg wa buat. Nasi goreng pedas berasap telinga utk sarapan pagi ni. Anak2 lelaki wa mmg suka nasi goreng cili api ni bro.. Cuma Ain je yg tak berapa suka sebab tak makan pedas.
30 minit, segalanya dah tersedia atas meja makan. Siap dgn air panas.
Sejak maid wa balik bercuti sebulan ni, wa mmg agak sibuk di rumah. Kenalah bantu wife di mana yg termampu. Lipat baju mmg antara kerja yg wa awal2 lagi dah booked. Biarlah anak2 wa yg meng-iron baju. Tak sanggup wa utk buat kerja tu. Buleh meleleh peluh satu badan.
Tengahari, wa ajar Khaidir memandu kereta. Tak jauh pun, cuma intensif lah sikit. Hari ni, destinasi, masuk estate. Jalan byk berlubang2 sebab hujan sejak beberapa hari yang lalu. "Konsentrate Dir.. jangan leka". Itu antara ayat yg kerap keluar dari mulut wa. Wa cuba sedaya upaya supaya cool semasa ngajar Khaidir. Tak mahu dia stress. Hari ni wa nampak dia makin lancar dan smooth. Tak lah mcm hari2 yang lepas, mcm kuda kena sengat lebah je gamaknya. Terlompat2 kereta kesayangan mama dia tu di buatnya. Mungkin kelas memandu di akademi byk membentuk skill dia berbanding ajaran dari wa sendiri..hehe..
Selepas mengambil Ain dari sekolah sekitar jam 2.30 petang, wa bergegas pula ke gym. Hmmm...dah 3 hari wa tak ke gym. Gian plak rasanya. Sesampai di gym, ada sepasang Mat Salleh je kat situ.. Wah..best ni. Tak ramai orang.
As usual, wa akan di weight lifting dulu sebagai pemanas badan. 20 minit di sudut tu. Peluh mula merembes keluar.. Then, seperti biasa, wa akan beralih ke kardio pulak bro.. Threadmill mmg best. Machine yg paling byk berjasa kpd wa.
Selalunya, setiap Isnin, wa mmg akan lebihkan sikit aktiviti atas threadmill. So, hari ni, di atas threadmill, wa bakar 1115 kalories. Jarak 7.445 km. Masa yg wa ambil utk semua tu kira-kira 1 jam 03 minit. Puas hati sesangat sebab dah 3 hari lepak di rumah je.
Seperti biasa, selepas berpeluh di gym, wa akan berehat sebentar di meja yg mengadap laut Selat Melaka. Selalunya, 30 minit utk stop kan peluh bro. Bila yakin peluh dah berhenti, wa terus mandi dan bersiap utk balik.
Bro,
Hari ni agak sedih juga di hati. Rakan sekerja wa, Zainaton menutup bab dlm hidupnya sebagai pensyarah di politeknik. Beliau mengambil persaraan awal. Lama wa mengenali beliau, sejak di tahun2 90an lagi. Pernah satu ketika dulu, kami bekerja dlm satu team di Bahagian Sistem Rangkaian Kampus Politeknik Port Dickson. (BSRK). Byk perkara yg telah kami kongsi bersama dan yang pasti, semuanya pasti tidak akan berulang kembali. Wa akui, lately, kami terlalu sibuk dengan urusan masing2 sehinggakan utk bertegur sapa bertanya khabar amat payah walaupun destinasi hampir setiap pagi adalah sama, ke polipd.
Bila Zainaton mula akan bersara esok, tetiba memori wa terpanggil ketika Arshad di hari terakhir di polipd dulu. Sebak sgt rasanya hati wa sebab yg pasti, wa kehilangan rakan yg wa anggap segala2nya sepanjang wa bertugas di polipd. Beliau adalah rakan minum, rakan sembang, rakan mengadu, rakan lepak dan mcm2 jenis rakan lagi selain rakan sekerja. Ramai yg tahu, dimana ada Arshad, di situ adalah wa bersama. Tapi, bila beliau mula berpencen sekitar tahun 2004, tetiba kehidupan wa di polipd kosong.
Wa lebih byk menyendiri dlm kebanyakan aspek. Aktiviti rutin wa di tempat kerja mula berubah. Wa mula hilang minat utk minum di luar. Itu sebab sekarang, hampir setiap hari wa bawak bekal. Alasannya, setiap kali minum pagi tanpa Arshad, fikiran wa asyik teringatkan apa yg pasti kami buat ketika minum pagi bersama dulu. Mula2 wa buleh lawan naluri wa, tapi bila makin kerap fikiran asyik mengelamun ketika minum bersama rakan yg lain, wa mula tak selesa. Takut rakan terasa hati.
Kpd Zainaton, wa ucapkan selamat bersara. "Ton, semuga you hepi dengan semua keputusan yg you ambil dalam hidup you. Satu bab dlm hidup you telah sampai ke penghujungnya. Selamat menyambung ke bab yang baru. Maafkan I sekiranya sepanjang kita bersama2 bekerja dulu, terdapat perkara2 yang tidak menyenangkan hati dan emosi you. Anggaplah yg baik itu datangnya dari kebesaran dan kekuasaan Allah dan yg buruk itu dari kelemahan I sebagai insan biasa. You're such a good team mate and buddy".
Akhir kata, semoga esok akan lebih baik dari hari ini.
Salam dari alladiin..
5 comments:
ashri... I pun minta maaf atas kasalahan I selama kita bekerja bersama. Nice knowing and working with you...Friends Forever
en. ashri...ahad lepas...dlm nona..ada kuar video cucu en. arshad..."burung apa??" "burung apa??" ..hhahhaha sape lah yg anto tu kan
zainaton: thanks Ton.. Friends forever..
Jesnita: alamak, terlepaslah program tu..cucu dia mmg cute.. tapi skrg dah besar kot..
eh, apasal rasa sedih ni. rindu en. arshad. beliau sgt kelakar.
pinkiss: bila2 turun PD lagi, awk call lah dia...insyaallah dia akan dtg.
Post a Comment