Tuesday, April 19, 2011

Apabila si eldest pergi audition

Assalamualaikum...

Akhirnya, wa kunjungi semula alladin ni. Apakah ini tandanya kita dah pulih atau kita dah semakin jauh dari yg baru pergi itu..? Banyak betul cerita yg wa dgr, "apabila terpacak saja nesan, maka 'dia' mula jauh dari hati kita.." Harap2 tak gitulah hendaknya.

Sebagai permulaan, wa bawakkan cerita anak sulung wa gi audition di Seksyen 17 Shah Alam, Ahad lepas. Seawal 6.15 kami berempat termasuk bini wa dan Rushdan mula bergerak ke Shah Alam.

Mata wa berair2 sb terlalu mengantuk. Malam tadi, wa dan geng2 lama sewaktu belajar di ITM dulu buat mini gathering di Restoran Nasi Arab di Senawang. Haruslah perjumpaan tu berlarutan hingga ke awal pagi.

Kami tiba di seksyen 17 sekitar jam 8.15 pagi. Setelah mendaftar (giliran ke 6), Khaidir ke studio tingkat 3 utk prektis sebelum tiba giliran nanti.


Geng2 lelaki ketika bersembang...sedang berbincang pilihan lagu..Rushdan tetap tak mahu ketinggalan..

Bini wa sedang mententeramkan Khaidir...Dia agak panik bila lihat org lain dtg dengan instrument sendiri. Antara statement wa yg wa bagi yg telah buat kami gelak besar; "takkan kita nak dtg bwk lori dgn crane sebab nak bawak piano gedabak tu...!!" Dia cool semula bila diberitahu ada piano di studio audition.

Penghuni bilik belakang rumah wa, teman bertekak dan berbincang. Bila sorang tak de, pasti yg sorang lagi tercari2. Kedua2nya mempunyai taste genre muzik yg terlalu berbeza. Untuk selesaikan masalah, memasing menggunakan mp4 player sendiri agar tiada masalah pilihan muzik di bilik belakang.

Hmmm..dah besar panjang anak2 lelaki wa. Satu ayat yg agak payah wa nak sebut secara lisan kpd mereka, tapi wa harap diorg baca blog ni..."I am proud to be a father to you both"

Keluar dari bilik audition, wa lihat si Khaidir tersenyum panjang. Semuanya kerana ayat interviewer yg berbunyi "see you soon.." Dia tanya wa, apa makna sebenar, wa cakap, "kalau ada rezeki, insyaallah dir...abg dah berusaha, kita berserah sahaja."

Sebagai ganjaran, kami bersarapan pagi di McD seksyen 18 sekitar jam 10.40am. Banyak yg kami bincang dan gelak bersama ketika di sana.

Untuk perjalanan pulang dari seksyen 18 ke PD, wa serahkan steering kereta kpd Khaidir. Wa terlalu letih. Wa perlu berehat.

Alhamdulillah, perkara pertama hari itu selesai sebaik mungkin. Petang, wa dan rasaksa A akan merasmikan bot yg baru beliau beli di Glory Beach PD... belasah bro...

Wa chow dulu....Assalamualaikum...

9 comments:

tipahvogue said...

naper susah nak ungkap kekata tu bro??? wa rasa kalo lu ucap kat anak2 lu, mesti dewang terharu dan lebey appreciate serta berbangga dapat ayah macam lu bro!! serious!!! gi ucap sekarang sementara kita masih nampak org yg kita sayangi berada di depan mata. huhuhuhu....

alladiin said...

tipah: hehehe....

Ahliacikgukhairul said...

hmmm.. ada rangkap en.ashri "dah besar panjang anak2 lelaki wa".. hehehe.. maksud yang seiring dengannya tu apa gaknya ek... pandai teka wa belanja makan ketam kat kuala juru!

biera said...

congrats kat ur son sbb dpt seorang ayah yang sangat2 cool macam cik..im proud to be your student also mr ash..

Anonymous said...

Segak anaknya seperti bapanya juga... congrates to your son..insyaAllah ade rezeki untuk beliau...proud of En. Ashri and your Son.. =)

areyoy said...

bro, memule wa ingat yang pakai baju biru tu anak lu lah bro...giler lansing badan lu bro.

alladiin said...

ahliacikgukhairul: tak nak jwb lah noorul sb saya tak berapa gemar ketam, lately, saya suka kismis...

biera: terharu baca beb..

Amira Nurain: termia kasih beb..

areyoy: jom kita operasi dptkan figure waktu bujang balik...!! kacang je...hahaha..

villakesyukuran said...

Alhamdulillah, dah sama besar dah abah ngan anak2 abah ye.. senang la lu bro... umur2 camni lu mmg kena jd kwn... mcmana lu bangga ngan anak2 lu, sama gak ngan diorg, BANGGA DPT AYAH YG UNDERSTANDING + SPORTING CAM LU...!

alladiin said...

villakesyukuran: tq bro... bila dah besar cam gini, wa sebenarnya di hujung2 masa utk anak2 mula membawa haluan sendiri... sedih gak bila memikirkan perkara tu..